Training MCS kat Flamingo Hotel, Ampang
Posted by ayieJul 22
Salam semua…
Pekabo sahabat semua, harap2 sihat hendaknya, yer la skang nie musim demam..selain musim hujan yg melanda shah alam semalam. Alhamdulillah, sejuk gak bumi ni, rezeki Allah.
Weekand lepas 18 & 19 Julai 2008, aku telah di hantar tuk mengikuti training ESQ165 peringkat kedua, yg di namakan MCB singkatan bagi Mission & Character Building. Apa itu ESQ165?
ESQ = Emotional Spiritual Quotient dan 165 lak mewakili 1 = Ehsan, 6= Iman, 5 = Islam
Training yg dijalankan ni, berunsurkan Islamic…yer la byk training tuk kerja2 nie, tp kebanyakkannya di cedok dari pemikiran barat. Sepatutnya, kita sebagai umat Islam…mengikut cara2 Rasul kita dlm kehidupan sehariannya, jadi di sini la training ini berperanan tuk memberi kita ilmu tentang management berasaskan Islam.
Hari Pertama / Sabtu:
Antara pekara2 yg di terangkan adalah mengenai Visi, Misi & Nilai.
Visi = pekara akhir yg henda di capai
Misi = benda yg perlu di buat untuk menjayakan Visi
Nilai = sifat2 yang perlu ada dlm diri kita untuk menjayakan Visi & Misi
Untuk korang senang paham aku kasik contoh hehe:
Visi = Nak beli kereta
Misi = Kerja siang & malam, buat OT lagi tuk kasik cukup duit beli PS3.
Nilai = Rajin buat kerja, Menabung (tak boros ler), sanggup bekorban & berdedikasi
So paham kan…mudah bukan hehe
Dulu aku ada gak belajor benda2 nie, tp pendekatan kali ini berbeza. Kita di kehendaki menilai dan menyatakan Visi, Misi, & Nilai untuk diri kita, keluarga dan syarikat. Untuk pemahaman yg lebih, ada beberapa game, antra game
i. Acara berpasukan, mengalihkan carpet beramai2.
ii. Skiping berpasukan (kena lompat tali skiping 5 kali tanpa henti, yg kat tengah2 kena skiping tu ada 5 org…)
Dan sebagai kesimpulan tuk hari pertama tu…dan visi & misi tuk kita sebagai khalifah di muka bumi ini ialah :
Visi – bertemu dgn Allah disyurga.
Misi - pengabdian kpd Allah mengikut panduan rasul
Nilai – Asma-ulhusna
p/s: “Jika anda mencuba mungkin ada akan GAGAL. Tapi jika anda tidak mencuba SEMEMANGNYA ANDA TELAH GAGAL. Jadi ambil risiko untuk mencuba…” renung2kan selamat beramal hehe
















